ok ni nak cerita...baru-baru ni CikTie ade buat blous untuk kerja kursus subjek jahitan di universiti. jadi la jugak ...lepas ni CikTie ajar cara jahitan lain pulak ek..
daaaaa.....
Tuesday, 26 May 2015
Sunday, 10 May 2015
JAHITAN LILIT UBI
Kegunaan Jahitan:
Jahitan ini dapat mengelakkan tepi fabrik berjerumai.
Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.
Cara menjahit :
Jahitan ini dapat mengelakkan tepi fabrik berjerumai.
Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.
Cara menjahit :
- Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira – kira 1 cm benang diantara lipatan kain
- Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.
- Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi.
- Bentuk mata jahitan serong.
Saturday, 9 May 2015
JAHITAN KIA
post sebelum-sebelum ni dok cite suruh jahit kia kan..tapi tak bg tau mcm mana nak jahit..jadi skrg nak bagitau la cara nya...selamat mencuba..
JELUJUR TAK SAMA
Kegunaan jahitan:
Untuk menetapkan kedudukan kelepet , kelim dan sebagainya sebelum
dijahit kekal.
Ia dijahit tidak begitu kukuh agar senang dicabut.
Langkah – langkahnya :
Untuk menetapkan kedudukan kelepet , kelim dan sebagainya sebelum
dijahit kekal.
Ia dijahit tidak begitu kukuh agar senang dicabut.
Langkah – langkahnya :
- Mulakan dengan jahitan kia ( 0.3 cm ) dari arah kanan ke kiri
- Jahitan pertama sepanjang 1.3 cm
- Jarak antara jahitan pula sepanjang 0.6 cm
- Ulangi langkah yang sama hingga selesai dan akhiri dengan jahitan kia.
JELUJUR KASAR ATAU SAMA
Kegunaan jahitan:
Untuk menentukan kedudukan kelepet , kocek dan kelim sebelum jahitan
kekal.
Juga menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang
akan terenggang semasa memadankan pakaian.
Cara Jahitan:
Untuk menentukan kedudukan kelepet , kocek dan kelim sebelum jahitan
kekal.
Juga menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang
akan terenggang semasa memadankan pakaian.
Cara Jahitan:
- Mulakan dengan jahitan kia ( 0.3 cm ) dari arah kanan ke kiri.
- Jahitan pertama dan jarak jahitan adalah sama iaitu 0.6 cm
- Jahitan seterusnya juga berukuran 0.6 cm
- Jahitan akan diakhiri dengan jahitan kia
Subscribe to:
Posts (Atom)