Tuesday 26 May 2015

BLOUS

ok ni nak cerita...baru-baru ni CikTie ade buat blous untuk kerja kursus subjek jahitan di universiti. jadi la jugak ...lepas ni CikTie ajar cara jahitan lain pulak ek..
daaaaa.....

WELCOME !

Sunday 10 May 2015

JAHITAN LILIT UBI

Kegunaan Jahitan:

 Jahitan ini dapat mengelakkan tepi fabrik berjerumai.
 Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.

Cara menjahit :



  1. Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira – kira 1 cm benang diantara lipatan kain
  2. Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.
  3. Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi.
  4. Bentuk mata jahitan serong.

Saturday 9 May 2015

JAHITAN KIA

post sebelum-sebelum ni dok cite suruh jahit kia kan..tapi tak bg tau mcm mana nak jahit..jadi skrg nak bagitau la cara nya...selamat mencuba..

Kegunaan :
 Digunakan sebagai jahitan sulaman.
 Untuk menggantikan jahitan mesin.
 Jahitan ini kemas dan kukuh.

Cara menjahit :


  1. Jahit dari kanan ke kiri. 
  2. Mula dan matikan jahitan dengan kia.
  3. Ianya seperti jelujur halus, jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.

JELUJUR TAK SAMA

Kegunaan jahitan:
 Untuk menetapkan kedudukan kelepet , kelim dan sebagainya sebelum
dijahit kekal.
 Ia dijahit tidak begitu kukuh agar senang dicabut.

Langkah – langkahnya :



  1. Mulakan dengan jahitan kia ( 0.3 cm ) dari arah kanan ke kiri
  2. Jahitan pertama sepanjang 1.3 cm
  3. Jarak antara jahitan pula sepanjang 0.6 cm
  4. Ulangi langkah yang sama hingga selesai dan akhiri dengan jahitan kia.

JELUJUR KASAR ATAU SAMA

Kegunaan  jahitan:
 Untuk menentukan kedudukan kelepet , kocek dan kelim sebelum jahitan
kekal.
 Juga menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang
akan terenggang semasa memadankan pakaian.

Cara Jahitan:


  1. Mulakan dengan jahitan kia ( 0.3 cm ) dari arah kanan ke kiri.
  2. Jahitan pertama dan jarak jahitan adalah sama iaitu 0.6 cm
  3. Jahitan seterusnya juga berukuran 0.6 cm
  4. Jahitan akan diakhiri dengan jahitan kia