Tuesday 26 May 2015

BLOUS

ok ni nak cerita...baru-baru ni CikTie ade buat blous untuk kerja kursus subjek jahitan di universiti. jadi la jugak ...lepas ni CikTie ajar cara jahitan lain pulak ek..
daaaaa.....

WELCOME !

Sunday 10 May 2015

JAHITAN LILIT UBI

Kegunaan Jahitan:

 Jahitan ini dapat mengelakkan tepi fabrik berjerumai.
 Untuk menyambung dua keping fabrik atau lebih.

Cara menjahit :



  1. Mulakan jahitan dengan meninggalkan kira – kira 1 cm benang diantara lipatan kain
  2. Jahit dari kanan ke kiri dengan jarum menegak tepat pada tepi kain dan menghala ke arah penjahit.
  3. Mata jahitan mesti rapat untuk mengelakkan alur daripada terjadi.
  4. Bentuk mata jahitan serong.

Saturday 9 May 2015

JAHITAN KIA

post sebelum-sebelum ni dok cite suruh jahit kia kan..tapi tak bg tau mcm mana nak jahit..jadi skrg nak bagitau la cara nya...selamat mencuba..

Kegunaan :
 Digunakan sebagai jahitan sulaman.
 Untuk menggantikan jahitan mesin.
 Jahitan ini kemas dan kukuh.

Cara menjahit :


  1. Jahit dari kanan ke kiri. 
  2. Mula dan matikan jahitan dengan kia.
  3. Ianya seperti jelujur halus, jarum dibawa balik ke jahitan pertama dan dijahit ke hadapan semula.

JELUJUR TAK SAMA

Kegunaan jahitan:
 Untuk menetapkan kedudukan kelepet , kelim dan sebagainya sebelum
dijahit kekal.
 Ia dijahit tidak begitu kukuh agar senang dicabut.

Langkah – langkahnya :



  1. Mulakan dengan jahitan kia ( 0.3 cm ) dari arah kanan ke kiri
  2. Jahitan pertama sepanjang 1.3 cm
  3. Jarak antara jahitan pula sepanjang 0.6 cm
  4. Ulangi langkah yang sama hingga selesai dan akhiri dengan jahitan kia.

JELUJUR KASAR ATAU SAMA

Kegunaan  jahitan:
 Untuk menentukan kedudukan kelepet , kocek dan kelim sebelum jahitan
kekal.
 Juga menetapkan bahagian kain yang melengkung atau berkedut yang
akan terenggang semasa memadankan pakaian.

Cara Jahitan:


  1. Mulakan dengan jahitan kia ( 0.3 cm ) dari arah kanan ke kiri.
  2. Jahitan pertama dan jarak jahitan adalah sama iaitu 0.6 cm
  3. Jahitan seterusnya juga berukuran 0.6 cm
  4. Jahitan akan diakhiri dengan jahitan kia

Jelujur Tanda

Hai Hoi Hai.....sebagai permulaan  CikTi nk ajar cara jahit jelujur tanda dulu. Yg ni paling senang nk buat dan paling susah nk jaga...tersilap tarik kene jahit dari mula...dah p baca bawah ni kalau nk tahu cara nya.

Kegunaan jelujur tanda:

~Memindahkan tanda-tanda pola dari pola kertas ke atas kain .
~contohnya Jahit tanda untuk lubang butang.

cara jahitan :



  1.  Lukis garis pemadan dengan kapur jahit
  2. Buatkan satu mata jahitan bersaiz 1cm
  3. Tarik jarum dan benang sehingga 1.3 cm.Masukkan semula jarum dan keluarkan di tempat yang sama di mana benang yang mula dan benang yang keluar pada langkah sebelumnya.
  4. Tarik jarum dan tinggalkan gelung 2.5 cm
  5. Gunting dan tinggalkan benang selepas gelung 1.3 cm panjang

Friday 24 April 2015

Jenis Jahitan




SETAPAK KE DEPAN

first of all i want to say hi! everyone... ok blog ini khas untuk sapa-sapa yg nak belajar menjahit & untuk sapa-sapa yang suka-suka dok melepak tak tau nk buat ape kan. jadi boleh la usya-usya untuk belajar macam mana nk menjahit dengan cara yang betul. menjahit ni sebenarnya tak susah pon kalau kita jadikan ianya senang. sebab susah tu datang dari kita sendiri. orang selalu fikir 'eleh setakat jahit jelujur tu aku pon pandai,selalu je aku jahit jelujur kalau seluar aku terkoyak'. pernah tak terfikir yang ade je orang yang tak pernah sentuh pon jarum & benang.melainkan benang dekat baju dia la. menjahit ni ade beberapa kelebihan yang kita boleh dapat (kelebihannya..senang mak mertua nak pilih buat calon menantu). eh tak lah.merepek je. lebihnya adalah bila time2 kritikal,kita nk cepat tetiba baju yang kita nk pakai tu terkoyak.boleh la jahit sendiri.xde la frust nk kene cari baju lain nak pakai or nak upah orang jahit.kan jimat tu.
ok cikTi xmau merepek panjang-panjang...nanti boleh tengok entri seterusnya untuk belajar menjahit dengan menggunakan selembar benang dan sebatang jarum...


    sincerely,